Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

DAW | Rekoding Software FREE

DAW FREE: software recording yang kita boleh gunakan secara FREE 2020 Kita sudah masuk tahun 2020. Sekarang kos untuk terbitkan muzik sudah tidak mahal berbanding 20 tahun yang lalu. Sekarang, kita boleh buat muzik dengan pelbagai cara. Cara kerja pun macam-macam boleh kita pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan kita. Yang menarik semua itu hanya memerlukan komputer, telefon pintar atau tablet. Sini saya senaraikan digital audio station (DAW) yang boleh kita gunakan secara FREE.  1. GarageBand  Pilihan yang sangat tepat bagi kamu yang memiliki Apple komputer atau Iphone/ipad.  Kamu tidak perlu lagi fikir-fikir mau download apa lagi. Daw ini sudah di install secara percuma di peranti IOS untuk pengguna telefon jenama Apple dan MAC untuk pengguna komputer. GarageBand ialah DAW percuma yang sebenarnya berasal dari DAW terkenal iaitu Logic Pro X. Fungsinya dihadkan berbanding dengan Logic Pro X sebab ianya percuma. Untuk pengguna IOS dan Mac OS sahaja 2. Reaper Se

Analog Pedal vs Pedal Simulator

Jadi, kamu ambil keputusan gunakan Analog pedal atau pedal simulator. Kebanyakan pemain guitar masih menggunakan analog pedal, kenapa? Sebab analog pedal senang di dicapai ketika kamu menukar setting, hanya tekan suis atau pusingkan tombol sahaja.  ANALOG PEDAL vs PEDAL SIMULATOR Bunyi yang keluar dari analog pedal lebih natural. Tetapi zaman sekarang terdapat pilihan iaitu pedal simulator. Pedal simulator ini ialah software ataupun application. Boleh dikendalikan sama ada menggunakan computer ataupun mobile. Untuk menggunakan amp simulator kita kena ada audio interface. Audio interface ini berfungsi menukar signal analog kepada digital, iaitu dari guitar ke computer/mobile.  USB Audio Interface Focusrite Scarlett 2i2 Ik Multimedia Irig Pro Duo Percaya atau tidak, pedal simulator ini mengeluarkan bunyi yang lebih kurang sama dengan analog setup, sehingga kita tidak boleh bezakan dengan analog setup. Video berikut adalah contoh bunyi guitar menggunakan pedal simulator.

NUX PDI-1G Compact Guitar Direct DI Box (PDI1G) REVIEW (Pengalaman menggunakan)

Direct Box atau DI box sangat berguna bagi pemuzik sama ada bermain di pentas ataupun, di studio rakaman. Kebaikannya kita boleh sambungkan terus signal instrument kita di mixer. Jadi kita tidak perlu microfon untuk mendaptkan bunyi instrument tersebut. Saya selalu membawa DI Box bersama dengan pedalboard saya. Jadi saya ada pilihan sama ada menggunakan mikrofon atau sambungkan terus dengan mixer. Tambahan pula DI BOX sekarang Dilengkapi oleh amp/cab simulation yang membolehkan kita menghantar terus signal kita ke mixer tanpa perlu melalui guitar amplifier. Jadi sangat berguna. NUX PDI1G compact guitar DI BOX DI Box yang sangat murah di pasaran setakat ini berharga RM 79.80 Lazada (masa artikel ini ditulis). Nux menjadi jenama pilihan untuk pemain guitar yang tidak mempunyai bajet yang besar untuk membeli peralatan. DI box dari NUX ini tidak rugi untuk dicuba sebab harganya murah berbanding DI box yang terkenal di pasaran. Sound kualiti pun sangat bagus dan tidak mengecewak

Delay setting Untuk Worship Guitarist

Delay Tips Untuk Worship Guitarist Hai semua. Delay effect sangat popular digunakan dalam music worship sekarang ini, lebih-lebih lagi kalau band memainkan lagu style Hillsong Worship, Planetshakers, JPCC Worship, dan banyak lagi sampaikan tak boleh tulis satu-satu. Boss DD7 adalah salah satu delay yang versatile. Boleh digunakan dalam apa-apa genre muzik yang kita mainkan. Boleh juga digunakan dalam worship music. Pedal ini juga mampu milik berbanding pedal-pedal delay lain yang berada di pasaran. Untuk lebih menyenangkan, sangat disyorkan untuk menggunakan external tap tempo, supaya tempo delay tersebut mengikut tempo lagu. Setting yang sangat popular digunakan dalam worship music adalah 1/8d ataupun dotted quaver . Untuk mendapatkan setting ini di Pedal Boss DD7 boleh ikut setting di gambar yang disertakan di bawah. MODE= 800ms E.LEVEL dan F.BACK boleh di set mengikut kesesuaian yang kita inginkan. 1/8D setting Lagu-lagu popular seperti The Time Has Co

Practice yang betul

Practice yang betul Berapa lama kah kamu practice instrument kamu dalam masa satu hari? Sudah berapa tahun practice?  Pertanyaan yang senang dijawab. Sebagai musician kita harus practice kita harus practice seberapa kerap yang boleh.  Cara practice yang betul akan membantu kita untuk maju dalam permainan kita. Sebab, practice itu sebenarnya cara kita membiasakan diri kita supaya sebati dengan instrument yang kita mainkan. Apabila bercakap pasal membiasakan diri, boleh dikatakan bahawa practice ini tidak buat kita perfect. Tidak akan membuatkan kita lebih bagus.  Apakah aktiviti kamu masa practice? Apakah yang kamu biasakan masa practice? Apakah alat bantu yang kamu gunakan? Aktiviti masa practice yang salah, akan menjadikan kita terbiasa dengan apa yang kita lakukan. Contohnya memainkan lagu dengan kod yang salah, sudah pasti kita akan menjadi perfect memainkan lagu dengan kod yang salah. Bagaimna pula kalau kita practice scale (major,minor,pentatonic,etc) d

Bermain guitar sambil menyanyi

BERMAIN GUITAR SAMBIL MENYANYI Hai, bertemu lagi untuk post kali ini, saya Hezron. BERMAIN GUITAR SAMBIL MENYANYI, adalah perkara yang menyoronokkan. Kita sering melakukan ketika lepak dengan kawan-kawan. Struming di guitar acoustic sambil menyanyi semua orang boleh buat. Tp cuba mainkan guitar lick yang simple kemudian nyanyi.  Kalau kita pertama kali buat ni memang beserabut fikiran kita sebab kita buat dua kerja dalam satu masa. Artis yang saya kagumi yang boleh main guitar lick sambil menyanyi, John Mayer, Jimi Hendrix, Lincoln Brewster dan lain-lain. Mereka ini sangat hebat bermain sambil bernyanyi. Kalau kita dengar John Mayer guitar lick yang beliau mainkan sangat susah dimainkan walaupun kita tidak nyanyi boleh rujuk video ini  https://youtu.be/_DfQC5qHhbo . Terdapat ramai lagi contoh yang kita boleh tonton terutama kalau kita search guitarist di instagram.  Bermain gitar sambil menyanyi boleh dibangunkan secara beransur-ansur melalui latihan yang kerap. Mula-mula