Jadi, kamu ambil keputusan gunakan Analog pedal atau pedal simulator. Kebanyakan pemain guitar masih menggunakan analog pedal, kenapa? Sebab analog pedal senang di dicapai ketika kamu menukar setting, hanya tekan suis atau pusingkan tombol sahaja.
ANALOG PEDAL vs PEDAL SIMULATOR
Bunyi yang keluar dari analog pedal lebih natural. Tetapi zaman sekarang terdapat pilihan iaitu pedal simulator. Pedal simulator ini ialah software ataupun application. Boleh dikendalikan sama ada menggunakan computer ataupun mobile. Untuk menggunakan amp simulator kita kena ada audio interface. Audio interface ini berfungsi menukar signal analog kepada digital, iaitu dari guitar ke computer/mobile.
USB Audio Interface Focusrite Scarlett 2i2 |
Ik Multimedia Irig Pro Duo |
Percaya atau tidak, pedal simulator ini mengeluarkan bunyi yang lebih kurang sama dengan analog setup, sehingga kita tidak boleh bezakan dengan analog setup. Video berikut adalah contoh bunyi guitar menggunakan pedal simulator.
Jadi mana satu jadi pilihan
Saya menggunakan kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Untuk persembahan pentas saya lebih syorkan Analog pedal untuk mengurangkan kegagalan teknikal ketika buat persembahan. Bayangkan kalau kita menggunakan pedal simulator ketika persembahan, di tengah-tengah persembahan tiba-tiba komputer hang. Masalah kan?
Jadi gunakan mengikut situasi yang betul. Bagi kamu yang baru mula dalam dunia recording, pedal simulator sangat sesuai digunakan. Tidak perlu setup yang berbelit-belit, sambungkan gitar terus ke audio interface. Accoustic bilik untuk recording pun tidak mempengaruhi sebab kita tidak menggunakan mikrofon.
Terima kasih kerana membaca, jangan lupa SUBSCRIBE YouTube / Facebook / Instagram HezMusic
Sekian perkongsian dari HezMusic.
Comments
Post a Comment