Skip to main content

DAW | Rekoding Software FREE


DAW FREE: software recording yang kita boleh gunakan secara FREE 2020

Kita sudah masuk tahun 2020. Sekarang kos untuk terbitkan muzik sudah tidak mahal berbanding 20 tahun yang lalu. Sekarang, kita boleh buat muzik dengan pelbagai cara. Cara kerja pun macam-macam boleh kita pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan kita. Yang menarik semua itu hanya memerlukan komputer, telefon pintar atau tablet. Sini saya senaraikan digital audio station (DAW) yang boleh kita gunakan secara FREE. 

1. GarageBand 


Pilihan yang sangat tepat bagi kamu yang memiliki Apple komputer atau Iphone/ipad. Kamu tidak perlu lagi fikir-fikir mau download apa lagi. Daw ini sudah di install secara percuma di peranti IOS untuk pengguna telefon jenama Apple dan MAC untuk pengguna komputer. GarageBand ialah DAW percuma yang sebenarnya berasal dari DAW terkenal iaitu Logic Pro X. Fungsinya dihadkan berbanding dengan Logic Pro X sebab ianya percuma.

Untuk pengguna IOS dan Mac OS sahaja

2. Reaper


Semakin ramai yang berjinak dengan Reaper sejak kebelakangan ini. Mungkin sebab harganya murah untuk lesen komosial. Free version untuk software ini juga tiada limitation. Eryinya kita boleh gunakan software ini secara percuma.

Apabila kamu mengambil keputusan untuk gunakan software ini untuk mendapatkan keuntungan, barulah kita beli lesen komesial. Untuk sekadar suka-suka atau untuk tujuan belajar, software ini adalah free. Satu lagi kelebihan software ini adalah, ianya sangat ringan untuk di install di komputer. Reaper juga boleh di install di pen drive atau external hard drive kamu, jadi kamu boleh bawa software ini di mana sahaja.

Kamu boleh muat turun di sini

Untuk pengguna Windows, MacOs dan Linux.


3. Cakewalk by Bandlab


Cakewalk by Bandlab ialah DAW yang sebelum ini dibangunkan oleh syarikat Gibson. Terdapat tiga versi iaitu Artist, Professional, dan Platinum. Pada hujung tahun 2017, Gibson menghentikan penyelenggaraan Software ini.Ramai pelanggan kecewa akibat tindakan Gibson itu, sebab kebanyakan pengguna sudah bertahun-tahun menggunakan software ini.

Sampailah pada awal 2018, sebuah syarikat dari Singapore iaitu Bandlab mengambil alih penyelenggaraan software ini. Berita baik, versi yang paling mahal iaitu Platinum mereka bagi FREE  sahaja. Kita boleh gunakan secara Free tanpa had. Hanya download dan daftar, kamu siap menggunakan software yang mahal sebelum ini secara FREE.

Muat Turun di sini

Untuk Windows sahaja.

4. Audacity


Audacity ialah Open Source program. Software ini sangat terkenal sebab ianya Free. Sebelum ini Audacity hanyalah audio Editor yang hanya mempunyai satu track sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai DAW.

Versi terbaru, software ini sudah boleh support multitrack dan audio plugin. jadi boleh lah kita senaraikan software ini sebagai DAW. 

Muat turun di sini

Untuk pengguna Windows, MacOS dan Linux.

5. Pro tools first


Pro tools ialah DAW yang terkenal, setiap studio terkenal mesti menggunakan pro tools sebagai DAW mereka untuk memudahkan mereka bekerja dari studio A ke studio B dengan mudah. Itulah sebabnya orang cakap Pro Tools ini industry Standard untuk software recording. 

Pro Tools menduduki tangga teratas sebagai DAW yang paling mahal harganya, mungkin sebab Industry standard. Tahukah kamu bahawa kita boleh gunakan software ini dengan Free. Pro Tools first adalah versi Free untuk Pro Tools. Boleh digunakan seberapa lama yang kita mahu, cuma ada limitation berbanding dengan versi penuh. 

Untuk yang baru bermula dalam dunia recording, bolehlah belajar menggunakan pro tools first dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membeli DAW yang lain. 

Muat turun di sini

Untuk Pengguna Windows dan MacOS Sahaja

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi DAW Free yang tak sempat disenaraikan. di atas merupakan yang terkenal dan ramai pengguna. Jadi apa tunggu lagi, muat turun dan mula lah buat muzik. Kita boleh menyiapkan lagu secara professional dengan hanya menggunakan software Free. Seperti dalam video ini yang saya buat menggunakan Cakewalk by Bandlab.

Semua instrument dirakam semula menggunakan Cakewalk by Bandlab. Drums, Bass, dan Piano dirakam menggunakan Virtual Instrument (VST) yang sedia ada dalam software ini. Jadi, KENAPA KITA MENGGUNAKAN SOFTWARE CRACK KALAU ADA YANG FREE.

Terima kasih kerana membaca, jangan lupa SUBSCRIBE YouTube / Facebook / Instagram HezMusic
Sekian perkongsian dari HezMusic.

Comments

Popular posts from this blog

Biar Bekikis Bulu Betis - Lirik

  Tajuk Lagu: Biar Bekikis Bulu Betis  Penyanyi:  Andrewson Ngalai Lagu/Lirik: Ricky Jay Label: ANP Music Production Keluaran: Iban Music Industry Sdn Bhd -------------------------------------------------------------------------------- Sebut saja nama Andrewson Ngalai pastinya banyak yang kenal. Malah penyanyi berbangsa Iban Sarawak ini bukan saja popular dan diminati masyarakat Iban sahaja malahan melalui lagu ini beilau diminati dan dikenali di seluruh Malaysia. Dari apa yang admin HezMusic perolehi makna lagu "Bekikis Bulu Betis" bermaksud seorang lelaki sanggup buat apa saja dengan bersungguh-sungguh. Lirik berkenaan berkisar tentang seorang lelaki hendak memikat perempuan yang dia suka dan dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan pempuan tersebut. Untuk info lainnya ya ng admin HezMusic perolehi, penyanyi ini telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) di ISTANA NEGARA pada 27 Oktober 2016. Menurut sumber, anugerah ini diberikan diatas sumbangan besar Andrewson N

Ragi Bujangan (Leles Koronob) - Lirik

   Tajuk Lagu:  Ragi Bujangan Penyanyi asal: Leles Koronob Lirik Lagu: Leng Diera Muzik: Danel MU'3 Tahun Diterbitkan: 2024 ----------------------------------------------------- Sekali lagi HezMusic mempunyai kesempatan bagi memenuhi permintaan rakan-rakan di Aplikasi TikTok untuk memainkan lagu daripada penyanyi tempatan Sabah yang sedang mendapat perhatian ramai iaitu Leles Koronob . Di kesempatan ini HezMusic mengucapkan selamat maju jaya dalam industri muzik Sabah kepada Leles Koronob. Terima Kasih dan Salam Perkongsian dari HezMusic. RAGI BUJANGAN Kada berpura bujang Manganu ginawo Sumandak rasuk taragang Tanak songindad indad Hilod walai koulihan nu Mantad manau panau Waro nopo kesusahan Sawo ihumon nu Mogihum panalasaian Soira do makan jalan Bujang oku kanu Nolingan do nakasawo Tingkadai no pokirayou nu oo Sorohon tanak om sawo nu Om iri iri no pason ku dika Kada tilombuso ino korogian nu Nasanganu nu tinan nu Om okon poh ino ginawo nu Nung au poh nobobos do poimbujang Ka

Lumuat Lumondon - Lirik

Tajuk: Lumuat Lumondon ---------------------------------------- Sehingga kini admin HezMusic tidak mendapat info yang tepat mengenai penulis sebenar lagu ini. Jika ada sesiapa yang tahu mengenai ini sila hubungi admin melalui email di hezmusicproduction@gmail.com, kami akan kemaskini maklumat itu di sini. Terima kasih.  Terimalah Instrumental Acoustic Lagu Rohani dalam bahasa Murut untuk semua semoga terhibur Salam perkongsian dan Tuhan Memberkati. LUMUAT LUMONDON (Bahasa Murut) Onsoi taka amalair Amalair taka kaawi Sukuan nu Tuhan maar noyo Angalap ra bayah taka Lumuat lumondon yak ra Tuhan Ra luang nu pangitapatan Luminan anduli ra Tuhan Maya ra ralan kaayahan Paie no kasuang hu huangon Ikon mi maya taka ra Tuhan Asuang pono panginaman Mingkotoh taka yak ra sambayang LUMUAT LUMONDON  ( Bahasa Melayu) Mari kita bersedia Bersedia kita semua Kedatangan Tuhan semakin dekat  Mengambil kehidupan kita Bangun berdiri teguh dalam Tuhan  Dalam kepercayaan Sedarlah dan balik kepada Tuhan Ik