Skip to main content

NUX PDI-1G Compact Guitar Direct DI Box (PDI1G) REVIEW (Pengalaman menggunakan)



Direct Box atau DI box sangat berguna bagi pemuzik sama ada bermain di pentas ataupun, di studio rakaman. Kebaikannya kita boleh sambungkan terus signal instrument kita di mixer. Jadi kita tidak perlu microfon untuk mendaptkan bunyi instrument tersebut.

Saya selalu membawa DI Box bersama dengan pedalboard saya. Jadi saya ada pilihan sama ada menggunakan mikrofon atau sambungkan terus dengan mixer. Tambahan pula DI BOX sekarang
Dilengkapi oleh amp/cab simulation yang membolehkan kita menghantar terus signal kita ke mixer tanpa perlu melalui guitar amplifier. Jadi sangat berguna.

NUX PDI1G compact guitar DI BOX

DI Box yang sangat murah di pasaran setakat ini berharga RM 79.80 Lazada(masa artikel ini ditulis). Nux menjadi jenama pilihan untuk pemain guitar yang tidak mempunyai bajet yang besar untuk membeli peralatan. DI box dari NUX ini tidak rugi untuk dicuba sebab harganya murah berbanding DI box yang terkenal di pasaran. Sound kualiti pun sangat bagus dan tidak mengecewakan. 

Video-video guitar cover saya, saya rakam menggunakan DI Box ini dan, lebih mudah tidak perlu setup yang memeningkan. Sambungkan gitar kamu di pedalboard, pedalboard ke DI Box, seterusnya ke USB audio interface. 
Dilengkapi oleh Lift, yang berfungsi untuk menghilangkan bunyi bising yang disebabkan oleh pendawaian elektrik yang tidak betul ataupun lebih dikenali sebagai ground loops (humming/noise). Yang menarik dan tidak sangka ada di DI Box murah ini ialah cab simulator. Ada pilihan lagi open cab atau close cab, hasil bunyi dia pun sangat-sangat bagus kamu boleh klik video di bawah untuk mendengr bunyi yang dihasilkan oleh DI Box ini. 


Kesimpulan
Bagi kmu yang tidak mau keluar duit banyak untuk DI Box, NUX PDI1G pilihan murah dengan kualiti yang bagus dan terbaik 👍🏻. DI Box ini bukan untuk guitar sahaja boleh juga digunakan untuk instrument lain sama ada untuk persembahan ataupun rakaman.

Terima kasih kerana membaca, jangan lupa SUBSCRIBE YouTube / Facebook / Instagram HezMusic
Sekian perkongsian dari HezMusic.

Comments

Popular posts from this blog

Biar Bekikis Bulu Betis - Lirik

  Tajuk Lagu: Biar Bekikis Bulu Betis  Penyanyi:  Andrewson Ngalai Lagu/Lirik: Ricky Jay Label: ANP Music Production Keluaran: Iban Music Industry Sdn Bhd -------------------------------------------------------------------------------- Sebut saja nama Andrewson Ngalai pastinya banyak yang kenal. Malah penyanyi berbangsa Iban Sarawak ini bukan saja popular dan diminati masyarakat Iban sahaja malahan melalui lagu ini beilau diminati dan dikenali di seluruh Malaysia. Dari apa yang admin HezMusic perolehi makna lagu "Bekikis Bulu Betis" bermaksud seorang lelaki sanggup buat apa saja dengan bersungguh-sungguh. Lirik berkenaan berkisar tentang seorang lelaki hendak memikat perempuan yang dia suka dan dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan pempuan tersebut. Untuk info lainnya ya ng admin HezMusic perolehi, penyanyi ini telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) di ISTANA NEGARA pada 27 Oktober 2016. Menurut sumber, anugerah ini diberikan diatas sumbangan besar Andrewson N

Ragi Bujangan (Leles Koronob) - Lirik

   Tajuk Lagu:  Ragi Bujangan Penyanyi asal: Leles Koronob Lirik Lagu: Leng Diera Muzik: Danel MU'3 Tahun Diterbitkan: 2024 ----------------------------------------------------- Sekali lagi HezMusic mempunyai kesempatan bagi memenuhi permintaan rakan-rakan di Aplikasi TikTok untuk memainkan lagu daripada penyanyi tempatan Sabah yang sedang mendapat perhatian ramai iaitu Leles Koronob . Di kesempatan ini HezMusic mengucapkan selamat maju jaya dalam industri muzik Sabah kepada Leles Koronob. Terima Kasih dan Salam Perkongsian dari HezMusic. RAGI BUJANGAN Kada berpura bujang Manganu ginawo Sumandak rasuk taragang Tanak songindad indad Hilod walai koulihan nu Mantad manau panau Waro nopo kesusahan Sawo ihumon nu Mogihum panalasaian Soira do makan jalan Bujang oku kanu Nolingan do nakasawo Tingkadai no pokirayou nu oo Sorohon tanak om sawo nu Om iri iri no pason ku dika Kada tilombuso ino korogian nu Nasanganu nu tinan nu Om okon poh ino ginawo nu Nung au poh nobobos do poimbujang Ka

Lumuat Lumondon - Lirik

Tajuk: Lumuat Lumondon ---------------------------------------- Sehingga kini admin HezMusic tidak mendapat info yang tepat mengenai penulis sebenar lagu ini. Jika ada sesiapa yang tahu mengenai ini sila hubungi admin melalui email di hezmusicproduction@gmail.com, kami akan kemaskini maklumat itu di sini. Terima kasih.  Terimalah Instrumental Acoustic Lagu Rohani dalam bahasa Murut untuk semua semoga terhibur Salam perkongsian dan Tuhan Memberkati. LUMUAT LUMONDON (Bahasa Murut) Onsoi taka amalair Amalair taka kaawi Sukuan nu Tuhan maar noyo Angalap ra bayah taka Lumuat lumondon yak ra Tuhan Ra luang nu pangitapatan Luminan anduli ra Tuhan Maya ra ralan kaayahan Paie no kasuang hu huangon Ikon mi maya taka ra Tuhan Asuang pono panginaman Mingkotoh taka yak ra sambayang LUMUAT LUMONDON  ( Bahasa Melayu) Mari kita bersedia Bersedia kita semua Kedatangan Tuhan semakin dekat  Mengambil kehidupan kita Bangun berdiri teguh dalam Tuhan  Dalam kepercayaan Sedarlah dan balik kepada Tuhan Ik