Skip to main content

KONSERT SPIRIT OF SABAH 2022 #oldmeetsnew2022



Bersempena Program Spirit of New #OldMeetsNew2022 anjuran Prominent Education & Skills Sdn Bhd dengan kerjasama RISEBAH dan HezMusic Production yang akan diadakan pada 16 September 2022 di Dewan KDCA Penampang Sabah bermula 11 pagi hingga 11 malam, HezMusic akan post 10 episod khas bermula 26 Ogos 2022 hingga 13 September 2022.

Lagu-lagu yang dipilih adalah lagu-lagu Artis Tempatan Sabah yang terlibat dalam konsert Spirit of Sabah, barisan artis itu adalah seperti:

  1. Alister Alai Leonard artis tempatan Sabah yang tidak asing lagi terkenal dengan lagu-lagu seperti Ikan Duyung yang telah diterbitkan pada tahun 2017. Alister juga terkenal dengan lagu Cerita di Kampung, Misuai noh ralan toh, Fantasi (Alister feat Maldini) dan Asik Asik (Maldini ft Alister & Mc Ryan). Alister dan Maldini akan membuat persembahan di Konsert Spirit of Sabah.
  2. George Lian, penyanyi yang tidak asing lagi bagi peminat industri musik tempatan Sabah. Lagu-lagu beliau seperti Bosou Tuhau Om Lombiding, Noromuk Lugu Piginawaan, Nipi ku Pama, Romou Pinoturu dan lain-lain. Penyanyi ini akan membuat persembahan di Konsert Spirit of Sabah.
  3. Francis Landong artis Sabah yang memang terkenal di Malaysia dan sudah berada di industri suara sudah lebih 40 tahun. Penyanyi ini telah menerbitkan banyak lagu-lagu Sabah yang memang cukup disukai peminat lagu tempatan Sabah. Antara lagu-lagu beliau adalah Koupusan, Nung Noilaan Ku Daa, Pikir-pikir dulu dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai penyanyi ini anda boleh melayari https://ms.wikipedia.org/wiki/Francis_Landong . Penyanyi ini akan membuat persembahan di Konsert Spirit of Sabah.
  4. Lagu Cita-Cita dan Harapan, (Sabah Maju Jaya) yang dinyanyikan oleh Hezron Henrry, Benjamin dan Jameson telah diterbitkan oleh HezMusic Production©2021. Lirik ditulis oleh Hezron Henrry dan Noyihin Sangkong, komposer dan susunan musik oleh Hezron Henrry. Lagu ini mendapat tempat ke-3 bagi pertandingan Sabah Content Creator anjuran New Wave Sabah sempena Hari Malaysia 2021. Lagu ini telah dipilih sebagai lagu tema untuk Konsert Spirit of Sabah 2022 dan akan dinyanyikan semula oleh Alister Leonard, Felix Agus, Nera, Clarice John Matha, Maldini, Alfonso Gotong, Amin Ali dan Hezron Henrry.
  5. Den Bisa, penyanyi Lampa - Lampa Pisang ini tidak asing lagi bagi peminat lagu-lagu Bajau Ubian di Sabah. Lagu-lagu seperti Pakitong-Kitong, Siksa Pengentoman, Dayang dan lain - lain telah menaikkan nama beliau. Penyanyi ini akan membuat persembahan di Konsert Spirit of Sabah.
  6. Felix Agus, siapa tidak kenal Felix Agus? Naib Juara Akademi Fantasia Musim 3 pada tahun 2005. Penyanyi yang popular dengan lagu Aarkah Berlagu Pilu, Aku Pencintamu, Gadis Made in Indonesia, Terbang ini juga bakal membuat persembahan di Konsert Spirit of Sabah.
  7. Rushdy Raphael atau lebih dikenali sebagai Rushdy Kuddy Raphael. Bermula dalam karier sebagai penyanyi pada tahun 2012. Popular di kalangan penggemar lagu-lagu Murut Sabah. Antara lagu-lagu beliau adalah Suningkun Tumahuna, Sinindualan, Sangulunan dan banyak lagi. Beliau adalah Juara Sugandoi Daerah Nabawan 2022.
  8. Clarice J.Matha Artis Sabah yang popular dengan lagu Joget Aramai Ti, Ama om Apa, Adaa, Au, Silik Silik Do Mato nu bersama Ampal dan banyak lagi. Penyanyi ini juga akan membuat persembahan pada Konsert Spirit of Sabah 2022.
  9. Estranged, pemenang Juara Lagu TV3 2008 dengan judul lagu 'Itu Kamu' telah menganggkat nama Estranged di persada seni tanah air. Untuk ulasan dan rujukan lain mengenai Band ini anda boleh rujuk di link https://en.wikipedia.org/wiki/Estranged_(band) antara lagu popular Estranged bertemakan muzik Sabah adalah Odoi dan Mari Sumazau. Nantikan persemabahn Estranged di Konsert Spirit of Sabah.

Terima Kasih dan Salam Perkongsian.

Comments

Popular posts from this blog

Biar Bekikis Bulu Betis - Lirik

  Tajuk Lagu: Biar Bekikis Bulu Betis  Penyanyi:  Andrewson Ngalai Lagu/Lirik: Ricky Jay Label: ANP Music Production Keluaran: Iban Music Industry Sdn Bhd -------------------------------------------------------------------------------- Sebut saja nama Andrewson Ngalai pastinya banyak yang kenal. Malah penyanyi berbangsa Iban Sarawak ini bukan saja popular dan diminati masyarakat Iban sahaja malahan melalui lagu ini beilau diminati dan dikenali di seluruh Malaysia. Dari apa yang admin HezMusic perolehi makna lagu "Bekikis Bulu Betis" bermaksud seorang lelaki sanggup buat apa saja dengan bersungguh-sungguh. Lirik berkenaan berkisar tentang seorang lelaki hendak memikat perempuan yang dia suka dan dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan pempuan tersebut. Untuk info lainnya ya ng admin HezMusic perolehi, penyanyi ini telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) di ISTANA NEGARA pada 27 Oktober 2016. Menurut sumber, anugerah ini diberikan diatas sumbangan besar Andrewson N

Lumuat Lumondon - Lirik

Tajuk: Lumuat Lumondon ---------------------------------------- Sehingga kini admin HezMusic tidak mendapat info yang tepat mengenai penulis sebenar lagu ini. Jika ada sesiapa yang tahu mengenai ini sila hubungi admin melalui email di hezmusicproduction@gmail.com, kami akan kemaskini maklumat itu di sini. Terima kasih.  Terimalah Instrumental Acoustic Lagu Rohani dalam bahasa Murut untuk semua semoga terhibur Salam perkongsian dan Tuhan Memberkati. LUMUAT LUMONDON (Bahasa Murut) Onsoi taka amalair Amalair taka kaawi Sukuan nu Tuhan maar noyo Angalap ra bayah taka Lumuat lumondon yak ra Tuhan Ra luang nu pangitapatan Luminan anduli ra Tuhan Maya ra ralan kaayahan Paie no kasuang hu huangon Ikon mi maya taka ra Tuhan Asuang pono panginaman Mingkotoh taka yak ra sambayang LUMUAT LUMONDON  ( Bahasa Melayu) Mari kita bersedia Bersedia kita semua Kedatangan Tuhan semakin dekat  Mengambil kehidupan kita Bangun berdiri teguh dalam Tuhan  Dalam kepercayaan Sedarlah dan balik kepada Tuhan Ik

Tumambangaan - Lirik

Tajuk Lagu: Tumambangaan Penyanyi: Tania -------------------------------------------------------- Lagu dalam bahasa Murut dari Sabah nyanyian asal oleh Tania . Lagu terjemahan dalam Bahasa Melayu disalin melalui internet, oleh itu jika ada sebarang kesilapan sila maklumkan kami. HezMusic mengucapkan semoga semua terhibur, terima kasih dan salam perkongsian. TUMAMBANGAAN (Bahasa Murut) Mayo pana huang mu aka  Huang tumambangaan  Mambi huang randalom  Alasu sampilang-pilang Kason bahu pakuan aka  Nalubuk noh inan mu  Salakah kono ra haling  Gaya kono tauki  Tinatalai poh aka ruandu nu bandar Ku ra honsoi no kalah-kalah ralaah nu kayangan Kasian solor inan mu ra kibalanjain Nuh ralaah noro ra hingo nga ra namingkarap riun Hitu bilin ku riun aka Pasukuon ku riun Alulumon mu yak solor anak-anak andu mu TUMAMBANGAN (Bahasa Melayu) Meskipun besar niat hati mu Ada niat mau dua bini Hati yang hanya teringin Panas di sebelah menyebelah Harus bagaimana lagi sayang Usia mu makin lanjut Bukan macam