HezMusic pada kali ini membawakan kepada anda lagu yang ditulis dalam bahasa Dusun Labuk, suku ini kebanyakannya berasal dari daerah Beluran, Sabah. Lagu Raraa Beluran adalah salah satu lagu yang dimuatkan di album pertama penyanyi Hary Nianti iaitu Kada Pologoso yang telah dipasarkan secara rasmi pada 29 & 30 Mei 2011 bersempena sambutan Hari Kaamatan 2011 di KDCA Kota Kinabalu Sabah. 'Raraa' bermaksud gadis dalam bahasa Melayu manakala Beluran adalah sebuah daerah pedalaman di Sabah. Secara ringkasnya lagu ini bermaksud penulis mengatakan pada hari minggu yang sudah berlalu, dia telah pergi ke tamu atau pasar dan telah bertemu seorang gadis yang amat menarik hati beliau. Dia ingin berkenalan dengan gadis Beluran tersebut dan hati beliau tertanya-tanya adakah gadis itu sudah berpunya ataupun belum. Di rangkap yang ketiga penulis bertanya bilakah mereka akan bertemu lagi kerana dia sudah terpikat dengan gadis tersebut. Seterusnya di akhiri dengan penulis mengatakan dia sekarang berada jauh dan setiap hari selalu teringat akan gadis itu dan gadis itu dari Beluran. Terima kasih sudah membaca HezMusic mengharapkan semoga Hary Nianti terus berkarya dalam industri muzik Sabah. Salam Perkongsian.
Lirik Lagu
Ontok tadau minggu di nakatalib
Minongoi oku tomu Beluran
Nokosamung oku iso raraa
Nakatarik iti ginavoku
Mintutun oku daa di raraa
Raraa mantad Beluran
Muat duat iti ginaawo ku
Kivaro noh nangku oh sanganu
Raraa Beluran
Songgia maa kopisamung kito vagu
Raraa Beluran
Ika ih nakaasou ginavoku
Maino siti oku sodu
Koondom oku daa di raraa
Tikid tadau ipi-ipionku
Raraa mantad Beluran
Comments
Post a Comment