Skip to main content

Sandarkan Pada Kenangan - Lirik

 


Tajuk: Sandarkan Pada Kenangan
Penyanyi: Jamal Abdillah & Siti Sarah
Tahun Diterbitkan: Sekitar tahun 2003
Penyanyi asal: Jamal Abdillah & OGY
OST Filem: Azura 1984
---------------------------------------------

Kali ini HezMusic telah memenuhi permintaan rakan-rakan untuk cover lagu 'Sandarkan Pada Kenangan', lagu ini amat menggamit memori dan tidak kurangnya menyentuh perasaan pendengar dan peminant lagu ini. Sedikit info yang dapat admin HezMusic boleh kongsikan kepada pembaca mengenai lagu dan penyanyi adalah seperti di bawah. 
Lagu 'Sandarkan pada kenangan' pada mulanya dinyanyikan oleh Jamal Abdillah dan Ogy, sebagai OST bagi filem Azura. Filem Azura telah ditayangkan pada 13 Disember 1984, ia ialah filem drama romantik Malaysia yang amat popular pada waktu itu dan telah menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon yang popular di Malaysia. Bakat Jamal Abdillah telah digilap menerusi pertandingan Bintang RTM 1978. Skrip asal untuk filem Azura ini dinukilkan oleh M. Amin dan filam ini diarahkan oleh Deddy M. Borhan.
Manakala penyanyi Siti Sarah (15 September 1984 – 9 Ogos 2021) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita berasal dari Malaysia. Beliau telah meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 pada jam 5.13 pagi selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19. Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Terima kasih Buat Kenangan dan salam perkongsian! 


SANDARKAN PADA KENANGAN
Kenangan manis kau dan aku
Takkan terhapus
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu

Ohhhh...
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasihmu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan

Ohhh.... oh...

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakan
Mengapa masih ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan

Apa yang harus kita lakukan
Kita sandarkan pada kenangan
Mengapa masih ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan



Penafian
HezMusic tidak menulis mana-mana lagu ini. Semua lirik ini adalah untuk tujuan hiburan dan promosi sahaja. Semua hak cipta adalah milik pemilik lagu masing-masing. Ini adalah salah satu inisiatif kami untuk menyokong industri muzik.
Kepada pemilik/penyanyi lagu: Jika terdapat sebarang lirik yang dilarang untuk dipaparkan di sini atau terdapat kesilapan dalam lirik, sila maklumkan kepada kami melalui [hezmusicproduction@gmail.com] dan kami akan membuat pembetulan atau memadam lirik tersebut.
Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Biar Bekikis Bulu Betis - Lirik

  Tajuk Lagu: Biar Bekikis Bulu Betis  Penyanyi:  Andrewson Ngalai Lagu/Lirik: Ricky Jay Label: ANP Music Production Keluaran: Iban Music Industry Sdn Bhd -------------------------------------------------------------------------------- Sebut saja nama Andrewson Ngalai pastinya banyak yang kenal. Malah penyanyi berbangsa Iban Sarawak ini bukan saja popular dan diminati masyarakat Iban sahaja malahan melalui lagu ini beilau diminati dan dikenali di seluruh Malaysia. Dari apa yang admin HezMusic perolehi makna lagu "Bekikis Bulu Betis" bermaksud seorang lelaki sanggup buat apa saja dengan bersungguh-sungguh. Lirik berkenaan berkisar tentang seorang lelaki hendak memikat perempuan yang dia suka dan dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan pempuan tersebut. Untuk info lainnya ya ng admin HezMusic perolehi, penyanyi ini telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) di ISTANA NEGARA pada 27 Oktober 2016. Menurut sumber, anugerah ini diberikan diatas sumbangan besar Andrewson N

Lumuat Lumondon - Lirik

Tajuk: Lumuat Lumondon ---------------------------------------- Sehingga kini admin HezMusic tidak mendapat info yang tepat mengenai penulis sebenar lagu ini. Jika ada sesiapa yang tahu mengenai ini sila hubungi admin melalui email di hezmusicproduction@gmail.com, kami akan kemaskini maklumat itu di sini. Terima kasih.  Terimalah Instrumental Acoustic Lagu Rohani dalam bahasa Murut untuk semua semoga terhibur Salam perkongsian dan Tuhan Memberkati. LUMUAT LUMONDON (Bahasa Murut) Onsoi taka amalair Amalair taka kaawi Sukuan nu Tuhan maar noyo Angalap ra bayah taka Lumuat lumondon yak ra Tuhan Ra luang nu pangitapatan Luminan anduli ra Tuhan Maya ra ralan kaayahan Paie no kasuang hu huangon Ikon mi maya taka ra Tuhan Asuang pono panginaman Mingkotoh taka yak ra sambayang LUMUAT LUMONDON  ( Bahasa Melayu) Mari kita bersedia Bersedia kita semua Kedatangan Tuhan semakin dekat  Mengambil kehidupan kita Bangun berdiri teguh dalam Tuhan  Dalam kepercayaan Sedarlah dan balik kepada Tuhan Ik

Tumambangaan - Lirik

Tajuk Lagu: Tumambangaan Penyanyi: Tania -------------------------------------------------------- Lagu dalam bahasa Murut dari Sabah nyanyian asal oleh Tania . Lagu terjemahan dalam Bahasa Melayu disalin melalui internet, oleh itu jika ada sebarang kesilapan sila maklumkan kami. HezMusic mengucapkan semoga semua terhibur, terima kasih dan salam perkongsian. TUMAMBANGAAN (Bahasa Murut) Mayo pana huang mu aka  Huang tumambangaan  Mambi huang randalom  Alasu sampilang-pilang Kason bahu pakuan aka  Nalubuk noh inan mu  Salakah kono ra haling  Gaya kono tauki  Tinatalai poh aka ruandu nu bandar Ku ra honsoi no kalah-kalah ralaah nu kayangan Kasian solor inan mu ra kibalanjain Nuh ralaah noro ra hingo nga ra namingkarap riun Hitu bilin ku riun aka Pasukuon ku riun Alulumon mu yak solor anak-anak andu mu TUMAMBANGAN (Bahasa Melayu) Meskipun besar niat hati mu Ada niat mau dua bini Hati yang hanya teringin Panas di sebelah menyebelah Harus bagaimana lagi sayang Usia mu makin lanjut Bukan macam