Skip to main content

Aspalela - Lirik




Tajuk: Aspalela
Penyanyi: Saiful Apek
Lagu/Lirik: Edry Abdul Halim / Mamo Agil / Mahmut At
Tahun Diterbitkan: 2008
OST Filem: Duyung (Original Motion Picture Soundtrack)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedikit info untuk dikongsikan oleh admin HezMusic mengenai penyanyi lagu 'Aspalela' iaitu Saiful Apek, atau nama sebenar beliau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff dilahirkan pada 12 Mei 1969, belaiu merupakan seorang pelawak terkenal di Malaysia. Beliau pernah diberi jolokan sebagai "Pelawak No. 1 Negara" semasa zaman kegemilangannya. Karier beliau bermula pada tahun 1994 dan sehingga kini beliau masih aktif dalam bidang hiburan Malaysia. Selain bidang lawak, beliau juga dikenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara dan penghibur Malaysia. Lagu ini juga merupakan lagu OST filem Duyung yang telah ditayangkan pada 6 Mac 2008 (Malaysia) oleh syarikat penerbitan KRU Studios, Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures. Keseluruhan pengembaran cerita filem Duyung ini dilakukan di pantai timur Sabah iaitu di Semporna,Sabah. Terima kasih sudah membaca dan semoga terhibur. Salam Perkongsian.


ASPALELA
Ingat tak lagi janji kita dulu, Aspalela?
Kau dan aku akan bersama sampai ke hari tua
Tapi, sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh, Aspalela, jangan buat ku kecewa

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku, Aspalela!

Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga
Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya
Adakah lagi harapan untuk kita bersama?
Oh, Aspalela, apa syarat pun ku terima

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku, Aspalela!

Oh, lela, lela, lela, lela
Oh, oh, oh, oh (lela, lela, lela)
Oh, oh (lela, lela, lela)
Oh, oh, oh, oh (lela, lela, lela)

Oh, adakah lagi peluang kita untuk bersama?
Oh, Aspalela, jangan tinggalkan ku sayang
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku, Aspalela!

Lela, lela, lela, lela, lela
Lela, lela, lela, lela, lela
Lela, lela, lela, lela, lela
Lela, lela, Aspalela!




Penafian
HezMusic tidak menulis mana-mana lagu ini. Semua lirik ini adalah untuk tujuan hiburan dan promosi sahaja. Semua hak cipta adalah milik pemilik lagu masing-masing. Ini adalah satu inisiatif kami untuk menyokong industri muzik.
Kepada pemilik lagu/penyanyi: Jika terdapat sebarang lirik yang dilarang untuk dipaparkan di sini atau terdapat kesilapan dalam tulisan lirik tersebut, sila maklumkan kepada kami melalui [hezmusicproduction@gmail.com] dan kami akan memadam lirik tersebut.
Terima Kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Biar Bekikis Bulu Betis - Lirik

  Tajuk Lagu: Biar Bekikis Bulu Betis  Penyanyi:  Andrewson Ngalai Lagu/Lirik: Ricky Jay Label: ANP Music Production Keluaran: Iban Music Industry Sdn Bhd -------------------------------------------------------------------------------- Sebut saja nama Andrewson Ngalai pastinya banyak yang kenal. Malah penyanyi berbangsa Iban Sarawak ini bukan saja popular dan diminati masyarakat Iban sahaja malahan melalui lagu ini beilau diminati dan dikenali di seluruh Malaysia. Dari apa yang admin HezMusic perolehi makna lagu "Bekikis Bulu Betis" bermaksud seorang lelaki sanggup buat apa saja dengan bersungguh-sungguh. Lirik berkenaan berkisar tentang seorang lelaki hendak memikat perempuan yang dia suka dan dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan pempuan tersebut. Untuk info lainnya ya ng admin HezMusic perolehi, penyanyi ini telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) di ISTANA NEGARA pada 27 Oktober 2016. Menurut sumber, anugerah ini diberikan diatas sumbangan besar Andrewson N

Lumuat Lumondon - Lirik

Tajuk: Lumuat Lumondon ---------------------------------------- Sehingga kini admin HezMusic tidak mendapat info yang tepat mengenai penulis sebenar lagu ini. Jika ada sesiapa yang tahu mengenai ini sila hubungi admin melalui email di hezmusicproduction@gmail.com, kami akan kemaskini maklumat itu di sini. Terima kasih.  Terimalah Instrumental Acoustic Lagu Rohani dalam bahasa Murut untuk semua semoga terhibur Salam perkongsian dan Tuhan Memberkati. LUMUAT LUMONDON (Bahasa Murut) Onsoi taka amalair Amalair taka kaawi Sukuan nu Tuhan maar noyo Angalap ra bayah taka Lumuat lumondon yak ra Tuhan Ra luang nu pangitapatan Luminan anduli ra Tuhan Maya ra ralan kaayahan Paie no kasuang hu huangon Ikon mi maya taka ra Tuhan Asuang pono panginaman Mingkotoh taka yak ra sambayang LUMUAT LUMONDON  ( Bahasa Melayu) Mari kita bersedia Bersedia kita semua Kedatangan Tuhan semakin dekat  Mengambil kehidupan kita Bangun berdiri teguh dalam Tuhan  Dalam kepercayaan Sedarlah dan balik kepada Tuhan Ik

Tumambangaan - Lirik

Tajuk Lagu: Tumambangaan Penyanyi: Tania -------------------------------------------------------- Lagu dalam bahasa Murut dari Sabah nyanyian asal oleh Tania . Lagu terjemahan dalam Bahasa Melayu disalin melalui internet, oleh itu jika ada sebarang kesilapan sila maklumkan kami. HezMusic mengucapkan semoga semua terhibur, terima kasih dan salam perkongsian. TUMAMBANGAAN (Bahasa Murut) Mayo pana huang mu aka  Huang tumambangaan  Mambi huang randalom  Alasu sampilang-pilang Kason bahu pakuan aka  Nalubuk noh inan mu  Salakah kono ra haling  Gaya kono tauki  Tinatalai poh aka ruandu nu bandar Ku ra honsoi no kalah-kalah ralaah nu kayangan Kasian solor inan mu ra kibalanjain Nuh ralaah noro ra hingo nga ra namingkarap riun Hitu bilin ku riun aka Pasukuon ku riun Alulumon mu yak solor anak-anak andu mu TUMAMBANGAN (Bahasa Melayu) Meskipun besar niat hati mu Ada niat mau dua bini Hati yang hanya teringin Panas di sebelah menyebelah Harus bagaimana lagi sayang Usia mu makin lanjut Bukan macam