Skip to main content

Blog | News


2021 - Kerja Keras.

Tahun 2021 merupakan tahun yang luar biasa bagi HezMusic, berkat dedikasi dan kerja keras serta sokongan luar biasa daripada pelbagai pihak, HezMusic telah memulakan perjalanan dalam industri muzik dengan sungguh-sungguh dan mencipta pencapaian yang membanggakan kami.

Permulaan dan pencapaian serta sumbangan HezMusic dalam industri muzik sepanjang tahun 2021 adalah:
  • Public Performance Malaysia (PPM) - HezMusic Production telah secara sah telah mendaftar dengan Public Performance Malaysia (PPM).
Sumber Rujukan: Mengenai HezMusic
  • Sabah Content Creator 2021 - HezMusic telah memenangi tempat ke-tiga bagi pertandingan Sabah Content Creator bersempena Sambutan Hari Malaysia 2021 menerusi lagu “Cita-cita dan Harapan (Sabah Maju Jaya).” Lagu ini dinyanyikan oleh Hezron Henrry, Benjamin dan Jameson. Lagu diterbitkan oleh HezMusic Production ciptaan sepenuhnya oleh Hezron Henrry manakala lirik oleh Noyihin Sangkong dan Hezron Henrry. Lagu ini seterusnya telah Lulus siaran rangkaian Radio RTM; dan siaran Radio KUPIKUPI FM pada tahun 2022. 
  • Lagu Bahagia - HezMusic juga telah menerbitkan lagu bertajuk "Bahagia" nyanyian Benjamin.
Sumber Rujukan: Bahagia - Benjamin
  • Lagu Di Atas Segalanya - HezMusic telah menerbitkan lagu Rohani bertajuk "Di Atas Segalanya" nyanyian Grace Assembly Klang feat. Grace Youth BM Praise. 
  • Lagu Rindu Kaamatan - HezMusic telah menerbitkan lagu "Rindu Kaamatan" nyanyian Jameson ciptaan sepenuhnya oleh Hezron Henrry. 
Sumber Rujukan: Rindu Kaamatan - Jameson
  • Lagu Nokuro Tu Sinumimban Ko - HezMusic telah menerbitkan Lagu Rungus bertajuk "Nokuro Tu Sinumimban Ko" nyanyian Aefis Soniun. 



  • Acoustic Santai Series 
Selain daripada itu, HezMusic telah memulakan projek Acoustic Santai Series pada tahun 2021. Hezron memulakan projek "Acoustic Santai", yang pada mulanya dipersembahkan sebagai kandungan Aplikasi TikTok. Disebabkan sambutannya yang luar biasa, HezMusic telah menceburkan diri dalam penciptaan kandungan digital dengan lebih sungguh-sungguh. HezMusic telah mememuat naik lebih 100 cover Instrumental Acoustic Guitar merentas pelbagai platform pada tahun 2022 dan seterusnya 135 cover Instrumental Acoustic Guitar telah dipersembahkan pada tahun 2023.
Sumber Rujukan: Acoustic Santai Playlist


2022 - Berkerjasama.

Pada tahun 2022, HezMusic telah menganjur bersama program Spirit of Sabah 2022, dan telah mulai bekerjasama dengan beberapa artis tempatan Sabah dalam menghasilkan susunan muzik baharu dalam lagu mereka. Bukan itu sahaja, kami juga turut mempunyai kesempatan untuk bekerjasama dengan artis tempatan dan komposer muzik di Sabah antara warna warni perjalanan muzik kami tahun ini. Kami percaya bahawa kerjasama ini bukan sahaja akan memperkayakan kerja kami tetapi juga membuka ruang kepada lebih banyak peluang dan pengalaman baharu pada masa hadapan.

Antara pencapaian dan sumbangan HezMusic dalam industri muzik sepanjang tahun 2022 adalah:
  • Spirit of Sabah 2022 - HezMusic Production merupakan penganjur bersama Spirit of Sabah #OldMeetsNew. Spirit of Sabah yang telah dianjurkan buat pertama kali sejak 2022, ianya bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan menyokong bakat serta komuniti untuk berkumpul dan berkongsi minat mereka. Acara julung kali telah berlangsung pada 16 September 2022 di KDCA Kota Kinabalu Sabah. Program ini telah menyatukan komuniti Sabah bersama-sama menikmati pelbagai aktiviti daripada bazar produk tempatan Sabah sehingga ke festival muzik yang besar. Ribuan pengunjung telah hadir semasa program ini. Penganjur utama Program Spirit of Sabah adalah Prominent Education & Skills Sdn Bhd manakala penganjur bersama adalah HezMusic Production dan RISEBAH. 
  • Lagu Tema Spirit of Sabah 2022 “Cita-cita dan Harapan (Sabah Maju Jaya)” - Lagu ini telah dinyanyikan semula oleh barisan artis Sabah iaitu [Alister Leonard, Felix Agus, Amin Wali Before3, Nera, Clarice J.Matha, Gotong Alfonso dan Hezron Henrry]. Barisan artis ini telah menyanyikan lagu tema semasa pembukaan Konsert Spirit of Sabah pada 16 September 2022 di KDCA Sabah. 
Sumber Rujukan: Cita Cita dan Harapan - Lagu Tema Konsert Spirit of Sabah
  • Lagu Hanya di Sabah - Kerjasama bersama penyanyi Dabra Sia (Juara Sugandoi KDCA 2019) menerusi lagu "Hanya di Sabah" versi Akustik. 
Sumber Rujukan: Dabra Sia - Hanya Di Sabah (Acoustic Version)
  • Lagu Kesayangan - Kerjasama bersama penyanyi Datuk Francis Landong menerusi lagu "Koupusan" versi bahasa Murut "Kesayangan" dalam versi Akustik.
Sumber Rujukan: Kasayangan - Francis Landong

2023 - Berinovasi.

Tahun 2023 menjadi tahun yang penuh pencapaian dan inovasi bagi HezMusic. Kami telah mendapat sokongan dalam menganjurkan “Battle of The Band” #TalentUnited 2023. Kami juga berhasil menerbitkan lagu baharu dengan kolaborasi bersama kumpulan [Bolos Ru Bulur] dan telah membuat persembahan di beberapa festival muzik di Kuala Lumpur dan di Sabah. Di HezMusic kami berusaha untuk memberikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan untuk peminat kami dan kami berterima kasih kerana mendapat sokongan yang luar biasa daripada peminat dari pelbagai latar belakang.

Antara pencapaian dan sumbangan HezMusic dalam industri muzik sepanjang tahun 2023 adalah:
  • Peringkat Saringan Sugandoi KDCA Putrajaya 2023 - Hezron Henrry merupakan Juri Saringan Sugandoi KDCA Putrajaya di Ibis Hotel Kuala Lumpur pada 7 Mei 2023. Bersama-sama Tim Anderson (Juara Sugandoi Tamparuli 2019 & Naib Johan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah 2019). 
Sumber Rujukan: Saringan Sugandoi KDCA Putrajaya 2023
  • Peringkat Akhir Sugandoi KDCA Putrajaya 2023 - Sekali lagi Hezron Hennry menjadi Juri Peringkat Akhir Sugandoi KDCA Putrajaya di Marriot Hotel Putrajaya pada 14 Mei 2023. Bersama-sama juri lain Venitha Lojuti dan Tim Anderson. 
Sumber Rujukan: Peringkat Akhir Sugandoi KDCA Putrajaya 2023
  • Borneo Native Festival 2023 - Hezron Hnerry telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Borneo Native Festival BNF di Central Market Kuala Lumpur pada 21 Mei 2023. Semasa persembahan ini beliau telah memainkan Instrumental Acoustic Santai lagu Jambatan Tamparuli-Justin Lusah dan Tupusku-Hain Jasli. Manakala untuk lagu ketiga Hezron telah menyanyikan lagu ciptaan beliau sendiri iaitu Rindu Kaamatan sambil memainkan Gitar Akustik. Sumber Rujukan: 
Sumber Rujukan: BNF Acoustic Santai Performance
  • Spirit of Sabah 2023 - Menerajui penganjuran Battle of The Band #TalentUnited 2023 bersama Prominent Education & Skills Sdn Bhd disokong oleh ArtsFAS, Yayasan Hasanah dan Kementrian Kewangan Malaysia, yang telah diadakan pada 21 -22 Oktober 2023 bertempat di Dewan Kadazan Dusun Cultural Association Sabah (KDCA) Kota Kinabalu, Sabah. Syabas dan tahniah kepada pemenang (Johan - Time Attack, Naib Johan - Lampuneon Rhythm dan Tempat Ke-Tiga - Rapot Sanggong). 
Sumber Rujukan:Battle of The Band 2023 #TalentUnited
  • Apresiasi & Wacana Industri Seni Muzik di Sabah - Merupakan kesinambungan kepada program "Battle of the Bands" 2023, HezMusic Production dan Prominent Education & Skills, dengan kerjasama ArtsFAS, Yayasan Hasanah, dan Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan program Malam Apresiasi & Wacana Industri Seni Muzik di Sabah di IBIS Styles Hotel Inanam Sabah pada 17 Disember 2023. Program Apresiasi & Wacana Industri Seni Muzik di Sabah adalah program yang direka khusus untuk semua krew Battle of The Band dan sepuluh (10) kumpulan terbaik band finalist Battle of The Band #TalentUnited. Program ini bertujuan memberi peluang kepada krew dan peserta untuk berdiskusi bersama ahli panel yang terdiri daripada penggiat seni muzik tanah air. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk perkongsian bakat, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang seni muzik. 


2024 - Berkomitemen.

Melalui pengalaman dan pencapaian kami sepanjang tahun 2023, kami berkomitmen untuk terus berkarya dan memberi inspirasi dan menghiburkan, serta menyumbang secara positif kepada pembangunan industri muzik terutamanya di Sabah pada masa hadapan.

Untuk tahun 2024, antara pencapaian dan sumbangan HezMusic dalam industri muzik setakat ini adalah:
  • Peringkat Saringan Sugandoi KDCA Putrajaya 2024 - Hezron Henrry merupakan Juri Saringan Sugandoi KDCA Putrajaya di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya pada 27 April 2024. Bersama-sama Thompson Yunga (UITM) & Liana Jacklon (Suara Academy). 
Sumber Rujukan: Saringan Sugandoi KDCA Putrajaya 2024
  • Peringkat Akhir Sugandoi KDCA Putrajaya 2024 - Sekali lagi Hezron Hennry menjadi Juri Peringkat Akhir Sugandoi KDCA Putrajaya di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya pada 3 Mei 2024. Bersama-sama juri lain Venitha Lojuti dan Marlleynney Fane (Naib Johan program Bukan Sekadar Rupa-2 terbitan Media Prima TV3 pada tahun 2012). 
Sumber Rujukan: Peringkat Akhir Sugandoi KDCA Putrajaya 2024
  • Lagu Romou Pinoturu - Kerjasama bersama penyanyi George Lian menerusi lagu "Romou Pinoturu" dalam versi Acoustic. 
  • Borneo Native Festival 2024 - Sekali lagi Hezron Hnerry telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Borneo Native Festival BNF di Central Market Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024. Festival tersebut akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 24 - 26 Mei 2024.  Sumber Rujukan: BNF 2024 - Line Up Announcement
Sumber Rujukan:  Bahagia - Benjamin
  • Lagu Bahagia dari Benjamin ciptaan penyanyi ini sendiri, lagu diterbitkan oleh HezMusic Production telah lulus siaran RTM Sabah dan telah masuk Radio ERA Sabah untuk Review Lagu Sabah bersama Dj DeeMike. (ERA Sabah Review:  Bahagia - Benjamin)
Sumber Rujukan:   Rindu Kaamatan - Jameson
  • Lagu Rindu Kaamatan dari Jameson ciptaan sepenuhnya oleh Hezron Henrry diterbitkan oleh HezMusic Production telah lulus siaran RTM Sabah dan telah masuk Radio ERA Sabah untuk Review Lagu Sabah bersama Dj DeeMike. (ERA Sabah Review: Rindu Kaamatan - Jameson)

Akan bersambung..


Terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong HezMusic dari awal hingga sekarang. Kami berjanji untuk terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam apapun projek yang kami jalankan pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Biar Bekikis Bulu Betis - Lirik

  Tajuk Lagu: Biar Bekikis Bulu Betis  Penyanyi:  Andrewson Ngalai Lagu/Lirik: Ricky Jay Label: ANP Music Production Keluaran: Iban Music Industry Sdn Bhd -------------------------------------------------------------------------------- Sebut saja nama Andrewson Ngalai pastinya banyak yang kenal. Malah penyanyi berbangsa Iban Sarawak ini bukan saja popular dan diminati masyarakat Iban sahaja malahan melalui lagu ini beilau diminati dan dikenali di seluruh Malaysia. Dari apa yang admin HezMusic perolehi makna lagu "Bekikis Bulu Betis" bermaksud seorang lelaki sanggup buat apa saja dengan bersungguh-sungguh. Lirik berkenaan berkisar tentang seorang lelaki hendak memikat perempuan yang dia suka dan dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan pempuan tersebut. Untuk info lainnya ya ng admin HezMusic perolehi, penyanyi ini telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) di ISTANA NEGARA pada 27 Oktober 2016. Menurut sumber, anugerah ini diberikan diatas sumbangan besar Andrewson N

Ragi Bujangan (Leles Koronob) - Lirik

   Tajuk Lagu:  Ragi Bujangan Penyanyi asal: Leles Koronob Lirik Lagu: Leng Diera Muzik: Danel MU'3 Tahun Diterbitkan: 2024 ----------------------------------------------------- Sekali lagi HezMusic mempunyai kesempatan bagi memenuhi permintaan rakan-rakan di Aplikasi TikTok untuk memainkan lagu daripada penyanyi tempatan Sabah yang sedang mendapat perhatian ramai iaitu Leles Koronob . Di kesempatan ini HezMusic mengucapkan selamat maju jaya dalam industri muzik Sabah kepada Leles Koronob. Terima Kasih dan Salam Perkongsian dari HezMusic. RAGI BUJANGAN Kada berpura bujang Manganu ginawo Sumandak rasuk taragang Tanak songindad indad Hilod walai koulihan nu Mantad manau panau Waro nopo kesusahan Sawo ihumon nu Mogihum panalasaian Soira do makan jalan Bujang oku kanu Nolingan do nakasawo Tingkadai no pokirayou nu oo Sorohon tanak om sawo nu Om iri iri no pason ku dika Kada tilombuso ino korogian nu Nasanganu nu tinan nu Om okon poh ino ginawo nu Nung au poh nobobos do poimbujang Ka

Lumuat Lumondon - Lirik

Tajuk: Lumuat Lumondon ---------------------------------------- Sehingga kini admin HezMusic tidak mendapat info yang tepat mengenai penulis sebenar lagu ini. Jika ada sesiapa yang tahu mengenai ini sila hubungi admin melalui email di hezmusicproduction@gmail.com, kami akan kemaskini maklumat itu di sini. Terima kasih.  Terimalah Instrumental Acoustic Lagu Rohani dalam bahasa Murut untuk semua semoga terhibur Salam perkongsian dan Tuhan Memberkati. LUMUAT LUMONDON (Bahasa Murut) Onsoi taka amalair Amalair taka kaawi Sukuan nu Tuhan maar noyo Angalap ra bayah taka Lumuat lumondon yak ra Tuhan Ra luang nu pangitapatan Luminan anduli ra Tuhan Maya ra ralan kaayahan Paie no kasuang hu huangon Ikon mi maya taka ra Tuhan Asuang pono panginaman Mingkotoh taka yak ra sambayang LUMUAT LUMONDON  ( Bahasa Melayu) Mari kita bersedia Bersedia kita semua Kedatangan Tuhan semakin dekat  Mengambil kehidupan kita Bangun berdiri teguh dalam Tuhan  Dalam kepercayaan Sedarlah dan balik kepada Tuhan Ik