Skip to main content

Passion for Music & Culture

Hezron Henrry
Hezron Henrry berbangsa Rungus dan berasal dari Pitas, Sabah Malaysia. Mempunyai semangat yang tinggi untuk memelihara dan mempromosikan budaya bangsanya, Hezron telah memilih jalan yang unik dan bermakna dalam usahanya untuk memastikan warisan budaya Rungus terus hidup dan berkembang melalui muzik dan nyanyian.

Latar Belakang
Hezron dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Manduring, Pitas. Sejak kecil, beliau telah didedahkan dengan pelbagai unsur budaya Rungus, termasuk bahasa, tarian tradisional, dan muzik. Keluarganya memainkan peranan penting dalam mengukuhkan cintanya terhadap budaya sendiri, di mana mereka sering berkumpul bermain alat muzik tradisional seperti Gong, Sundatang dan Turali terutamanya pada masa keramaian dan sempena hari perkhawinan.

Minat dalam Muzik
Minat Hezron terhadap muzik bermula pada usia muda. Dengan bimbingan ahli keluarga dan masyarakat, dia belajar bermain pelbagai alat muzik tradisional dan moden.  Bagi Hezron, muzik bukan sekadar hiburan, tetapi juga medium penting untuk menyampaikan cerita, nilai dan sejarah bangsanya.

Misi Budaya
Dalam era globalisasi ini, Hezron melihat bahawa budaya Rungus, seperti banyak budaya etnik lain di Sabah, berhadapan dengan ancaman kepupusan. Ini mendorongnya untuk menjadikan muzik sebagai platform untuk memelihara dan menyebarkan kesedaran mengenai budaya Sabah dan semestinya etnik beliau iaitu Rungus. Lagu-lagu ciptaannya sering kali mengandungi lirik yang berhubungan dengan semangat cintakan tanah kelahiran, motivasi, kehidupan tradisional, dan keindahan alam semula jadi Sabah.

Pencapaian dan Sumbangan
Hezron telah mempersembahkan muziknya di pelbagai acara kebudayaan dan melalui media sosial HezMusic. Hezron berharap dapat membawa muzik Rungus ke persada antarabangsa. Dengan kemahiran bermain alat muzik tradisional dan moden, beliau telah berjaya menarik perhatian bukan sahaja masyarakat di Sabah, malah khalayak yang lebih luas. Setiap persembahan adalah peluang untuknya mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda agar mereka tidak melupakan akar budaya mereka.

Selain itu, Hezron juga aktif dalam usaha mendidik generasi muda secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai platform bagi memastikan ilmu dan kemahiran berkaitan alat muzik tradisional Sabah tidak hilang ditelan zaman. Dalam usahanya itu, beliau berharap mendapat sokongan daripada pelbagai pertubuhan kebudayaan dan kerajaan, yang melihat usahanya itu penting dalam memelihara kepelbagaian budaya Malaysia.

Harapan 
Hezron berharap lebih ramai anak muda akan terinspirasi untuk mempelajari dan menghargai budaya mereka sendiri. Dia berpendapat bahawa identiti dan warisan budaya adalah aspek penting dalam kehidupan seseorang, dan melalui muzik, ia boleh dijaga dan diwariskan kepada generasi yang akan datang. Dengan komitmen yang tinggi dan cinta yang mendalam terhadap budaya Sabah-Rungus, Hezron Henrry adalah contoh teladan seorang individu yang berdedikasi untuk terus berbakti kepada budaya bangsanya.

Dalam dunia yang semakin moden, usaha Hezron adalah bukti bahawa tradisi dan inovasi boleh berjalan seiring, ia adalah satu usaha untuk memastikan warisan budaya yang kaya ini tidak akan hilang, malah terus berkembang dengan cara yang relevan dan bermakna. Melalui muzik dan nyanyian, Hezron Henrry tidak hanya berusaha untuk memperkenalkan budaya, tetapi  berusaha mencipta masa depan yang lebih cerah untuk budaya muzik Sabah.

Petikan Ucapan Harapan Hezron Henrry
16 September 2023, Pengumuman pertandingan Battle of The Bands #TalentUnited dalam penganjuran Spirit of Sabah 2023. Hezron Henrry, kami berbesar hati untuk menganjurkan Battle of The Bands #TalentUnited buat pertama kali dengan mewajibkan penggunaan sekurang-kurangnya 1 alat muzik tradisional Sabah dalam persembahan. Kumpulan yang bertanding boleh membawakan lagu mereka sendiri dan tidak mengehadkan penggunaan alat muzik tradisional di atas pentas. Kami bersyukur projek ini telah mendapat sokongan daripada ArtsFAS, Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia melalui inisiatif ini HezMusic telah memulakan langkah pertama untuk usaha Memulihkan Tradisi, Memelihara Warisan Sabah.
5 Oktober 2023, Ibis Hotel Kota Kinabalu Sabah - Sidang Media, pengumuman 10 band yang bertanding di peringkat akhir. Hezron Henrry, melalui penganjuran Battle of The Bands #TaletnUnited ini, saya berharap band-band yang bertanding akan menyuntik elemen kreativiti dalam persembahan mereka, dimana ia bukan sahaja mempersembahkan rentak muzik yang moden seperti kebiasaannya tetapi persembahan tersebut digubah menjadi persembahan muzik moden tambah tradisi. Usaha ini adalah untuk menunjukkan alat muzik tradisional Sabah masih relevan diguna bersama-sama semasa dengan alat muzik moden kini. 

22 Oktober 2023, KDCA, Kota Kinabalu Sabah - BOTB #TalentUnited, peringkat akhir pertandingan Battle of The Bands. Hezron Henrry, tahniah kepada 10 band yang telah bertanding, bakat yang kamu ada, anda memang luar biasa. Dengan mengilhamkan Lagu Tema "Orang-Orang Biasa" nyanyian bersama Hezron Henrry ft. Bolos Ru Bulur, beliau ingin menyatakan bahawa orang-orang biasa yang berjuang untuk muzik adalah mereka "yang dengan penuh semangat menghidupkan nada-nada untuk menjadikan dunia ini lebih berwarna dan penuh makna serta bakat yang mereka ada akan menyatukan mereka di atas pentas". Lagu ini merupakan simbolik kepada perjuangan muzik sebenar beliau dimana beliau ingin menyatakan bahawa walaupun banyak rintangan, usaha berterusan untuk mendidik generasi akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan seni budaya dan warisan Sabah perlu diteruskan. 

16 Disember 2023, Ibis Hotel Kota Kinabalu Sabah, Wacana Industri Muzik Sabah dan Malam Apresiasi Spirit of Sabah. Hezron Henrry, banyak usaha yang kita ingin lakukan terhadap industri muzik Sabah terutamanya pemeliharaan dan pemuliharaan seni budaya dan warisan kita. Saya juga tahu kita perlukan lebih ramai penglibatan terutamanya agensi yang terlibat secara langsung kepada seni budaya dan warisan. Saya berterima kasih kepada semua krew yang terlibat dan semua kumpulan yang bertanding tanpa anda semua, kami tidak akan dapat menjalankan projek ini, anda memang luar biasa. Terima kasih kepada ArtsFAS, Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia melalui inisiatif Arts For All Season anda telah memilih HezMusic Production sebagai rakan kerjasama untuk tahun 2023. Saya juga berterima kasih kepada penganjur bersama Prominent Education & Skills. Tanpa anda semua kita tidak akan dapat melaksanakan projek ini. 



14 May 2024, Cyberview Resort & Spa Cyberjaya, Pesta Kaamatan KDCA Putrajaya 2024. Hezron Henrry selaku salah seorang juri Pertandingan Sugandoi, saya berharap industri muzik Sabah terus berkembang dengan mengangkat lebih banyak bakat tempatan yang berkualiti serta memperkenalkan kekayaan budaya muzik etnik ke peringkat nasional dan antarabangsa. HezMusic berkomitmen untuk menyokong artis-artis Sabah dalam mencipta karya yang kreatif dan berdaya saing, sambil memelihara warisan budaya yang unik ini agar terus dihargai dan dikenali oleh generasi akan datang.

Kounsapatan Sokoviai. 
Hezron Henrry

Comments

Popular posts from this blog

Biar Bekikis Bulu Betis - Lirik

  Tajuk Lagu: Biar Bekikis Bulu Betis  Penyanyi:  Andrewson Ngalai Lagu/Lirik: Ricky Jay Label: ANP Music Production Keluaran: Iban Music Industry Sdn Bhd -------------------------------------------------------------------------------- Sebut saja nama Andrewson Ngalai pastinya banyak yang kenal. Malah penyanyi berbangsa Iban Sarawak ini bukan saja popular dan diminati masyarakat Iban sahaja malahan melalui lagu ini beilau diminati dan dikenali di seluruh Malaysia. Dari apa yang admin HezMusic perolehi makna lagu "Bekikis Bulu Betis" bermaksud seorang lelaki sanggup buat apa saja dengan bersungguh-sungguh. Lirik berkenaan berkisar tentang seorang lelaki hendak memikat perempuan yang dia suka dan dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan pempuan tersebut. Untuk info lainnya ya ng admin HezMusic perolehi, penyanyi ini telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) di ISTANA NEGARA pada 27 Oktober 2016. Menurut sumber, anugerah ini diberikan diatas sumbangan besar Andrewson N

Ragi Bujangan (Leles Koronob) - Lirik

   Tajuk Lagu:  Ragi Bujangan Penyanyi asal: Leles Koronob Lirik Lagu: Leng Diera Muzik: Danel MU'3 Tahun Diterbitkan: 2024 ----------------------------------------------------- Sekali lagi HezMusic mempunyai kesempatan bagi memenuhi permintaan rakan-rakan di Aplikasi TikTok untuk memainkan lagu daripada penyanyi tempatan Sabah yang sedang mendapat perhatian ramai iaitu Leles Koronob . Di kesempatan ini HezMusic mengucapkan selamat maju jaya dalam industri muzik Sabah kepada Leles Koronob. Terima Kasih dan Salam Perkongsian dari HezMusic. RAGI BUJANGAN Kada berpura bujang Manganu ginawo Sumandak rasuk taragang Tanak songindad indad Hilod walai koulihan nu Mantad manau panau Waro nopo kesusahan Sawo ihumon nu Mogihum panalasaian Soira do makan jalan Bujang oku kanu Nolingan do nakasawo Tingkadai no pokirayou nu oo Sorohon tanak om sawo nu Om iri iri no pason ku dika Kada tilombuso ino korogian nu Nasanganu nu tinan nu Om okon poh ino ginawo nu Nung au poh nobobos do poimbujang Ka

Lumuat Lumondon - Lirik

Tajuk: Lumuat Lumondon ---------------------------------------- Sehingga kini admin HezMusic tidak mendapat info yang tepat mengenai penulis sebenar lagu ini. Jika ada sesiapa yang tahu mengenai ini sila hubungi admin melalui email di hezmusicproduction@gmail.com, kami akan kemaskini maklumat itu di sini. Terima kasih.  Terimalah Instrumental Acoustic Lagu Rohani dalam bahasa Murut untuk semua semoga terhibur Salam perkongsian dan Tuhan Memberkati. LUMUAT LUMONDON (Bahasa Murut) Onsoi taka amalair Amalair taka kaawi Sukuan nu Tuhan maar noyo Angalap ra bayah taka Lumuat lumondon yak ra Tuhan Ra luang nu pangitapatan Luminan anduli ra Tuhan Maya ra ralan kaayahan Paie no kasuang hu huangon Ikon mi maya taka ra Tuhan Asuang pono panginaman Mingkotoh taka yak ra sambayang LUMUAT LUMONDON  ( Bahasa Melayu) Mari kita bersedia Bersedia kita semua Kedatangan Tuhan semakin dekat  Mengambil kehidupan kita Bangun berdiri teguh dalam Tuhan  Dalam kepercayaan Sedarlah dan balik kepada Tuhan Ik