Jadi, kamu ambil keputusan gunakan Analog pedal atau pedal simulator. Kebanyakan pemain guitar masih menggunakan analog pedal, kenapa? Sebab analog pedal senang di dicapai ketika kamu menukar setting, hanya tekan suis atau pusingkan tombol sahaja. ANALOG PEDAL vs PEDAL SIMULATOR Bunyi yang keluar dari analog pedal lebih natural. Tetapi zaman sekarang terdapat pilihan iaitu pedal simulator. Pedal simulator ini ialah software ataupun application. Boleh dikendalikan sama ada menggunakan computer ataupun mobile. Untuk menggunakan amp simulator kita kena ada audio interface. Audio interface ini berfungsi menukar signal analog kepada digital, iaitu dari guitar ke computer/mobile. USB Audio Interface Focusrite Scarlett 2i2 Ik Multimedia Irig Pro Duo Percaya atau tidak, pedal simulator ini mengeluarkan bunyi yang lebih kurang sama dengan analog setup, sehingga kita tidak boleh bezakan dengan analog setup. Video berikut adalah contoh bunyi guitar menggunakan pedal simulator.